suria

Pelakon Irish Bella fail cerai sebulan selepas suami keluar penjara

Irish memfailkan cerai terhadap Ammar.

PELAKON terkenal Indonesia Irish Bella memfailkan cerai terhadap suaminya iaitu Ammar Zoni lapor media negara berkenaan.

Penceraian itu difailkan sebulan selepas Ammar dibebaskan daripada hukuman penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Perkata itu disahkan sendiri oleh Hakim Pengadilan Agama Depok di Indonesia iaitu M Kamal Syarif.

Irish dan Ammar berkahwin pada 2019.

"Fail cerai itu dibuka pada 6 November 2023 lalu," kata Kamal Syarif.

Malah, perbicaraan hari pertama mereka juga telah berlangsung pada 16 November lalu namun kedua-duanya tidak menghadirkan diri.

Desas-desus pasangan tersebut telah berpisah apabila Ammar pada pertengahan Oktober lalu memaklumkan tidak lagi tinggal serumah bersama isterinya sejak keluar dari penjara.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tidak izin hamil, pengacara TV hampir bunuh diri... Nekad minta cerai tak tahan nafkah terabai

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun, Inara sah cerai... Bekas isteri sujud syukur tuntutan diterima mahkamah

Mereka berdua kini tinggal di rumah keluarga masing-masing.

Untuk rekod, Irish dan Ammar sah mendirikan rumah tangga pada pada 28 April 2019.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Air Rumi Akbar, 3, dan Amala Puti Sabar Akbar satu tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain