suria

Rose Blackpink dipilih jadi panel bincang topik kesihatan mental, mahu beri inspirasi melalui muzik

Rose ingin menyebarkan inspirasi melalui karya muzik.

ANGGOTA kumpulan Blackpink iaitu Rose tampil sebagai salah seorang panel membincangkan topik kesihatan mental pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang diadakan di California, Amerika Syarikat.

Memetik laporan Allkpop, Rose muncul sebagai tetamu bersama isteri Presiden Korea Selatan iaitu Kim Keon Hee dan isteri Presiden Amerika Syarikat Jill Biden.

Penyanyi itu mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut dengan berkongsi pengalaman peribadinya terhadap kesihatan mental sebagai salah seorang individu yang berpengaruh dalam masyarakat.

rose1 - 1

Rose bersama Wanita Pertama Korea Selatan Kim Keon Hee (kiri).

Kata Rose, dia menekankan kepentingan untuk mengingkatkan diri sendiri tentang kisah peribadi seseorang yang tidak boleh disamakan dengan individu lain.

Penyanyi lagu On The Ground itu turut meluahkan hasratnya untuk menyampaikan inspirasi dan kedamaian kepada peminat yang mendengar muziknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rose Blackpink rapat dengan anak CEO Samsung, peminat puji pandai bina 'networking'

ARTIKEL BERKAITAN: Rose Blackpink nyaris dapat malu besar, kancing baju tercabut ketika asyik menyanyi

Dalam pada itu, Keon Hee menambah, kehadiran Rose dan rakan bintang K-Pop yang lain dalam meneruskan usaha sumbangan sosial mereka sedikit sebanyak dapat menggerakkan hati masyarakat dunia dengan mesej positif yang disampaikan mereka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa bangga melihat idola mereka menjadi ikon di mata dunia.

"Saya sangat bangga dengan Rose. Anda adalah inspirasi kami.

"Rose adalah ikon Asia terbaik. Dia juga seorang yang bijak," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain