suria

Pelawak Dex Carvey maut overdose dadah, keluarga percaya kematian tak sengaja

Dex Carvey meninggal dunia kerana tidak sengaja mengambil dadah secara berlebihan.

PELAWAK Dex Carvey dilaporkan meninggal dunia pada malam Rabu akibat pengambilan dadah secara berlebihan.

Perkara itu disahkan oleh bapa Dex yang juga pelawak Dana Carvey yang memberitahu kematian itu sebagai tidak disengajakan.

Dex baru berusia 32 tahun.

NP (3)

Dex adalah anak sulung kepada Dana Carvey.

"Malam tadi kami berdepan tragedi yang dahsyat. Anak lelaki kami Dex meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan secara tidak sengaja.

"Dia sangat berbakat dalam pelbagai bidang seperti muzik, seni, pembikinan filem, komedi yang dilakukan dengan semangat," katanya.

Dalam pada itu, Dana memberitahu mendiang seorang yang baik hati malah sangat disenangi oleh semua ahli keluarga termasuk kenalannya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Overdose’ dadah, Demi Lovato tidak sedar diri di rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri kerabat diraja Qatar ditemui mati, didakwa akibat ‘overdose’ dadah

"Kad hari jadi buatan tangan paling istimewa buat kami. Kami akan merindui Dex buat selama-lamanya," katanya.

Deadline melaporkan teman wanita Dex iaitu Kaylee menghubungi pihak polis selepas pelawak itu mengunci diri di dalam bilik air.

Selepas pihak berkuasa tiba di rumahnya, Dex didapati sudah tidak sedarkan diri dan paramedik yang cuba menyelamatkan nyawanya juga tidak berhasil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain