suria

Anak kena buli di sekolah, Andika Kangen Band buat laporan polis

Anak Andika dibuli di sekolah.

VOKALIS kumpulan Kangen Band iaitu Andika Mahesa berang apabila anak lelakinya menjadi mangsa buli di sekolah.

Andika atau Mahesa Andika Setiawan, 38, mendedahkan anaknya iaitu Mahesa Mawla Bumi bukan sahaja dibuli rakannya tetapi dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh salah seorang ibu bapa murid di sekolah tersebut.

Cerita Andika kejadian itu berlaku ketika hari sukan di sekolah anaknya dan dia tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di luar kawasan.

andikaa

Andika Kangen Band kesal anak dibuli di sekolah.

"Saya tiada di Jakarta dan hanya dimaklumkan tentang anak saya dilemparkan dengan kata-kata kesat ketika hari sukan.

"Perkara itu membuatkan saya tak boleh terima kerana ia turut melibatkan golongan dewasa," katanya.

Dalam pada itu, Andika berkata, sewaktu kejadian, Mawla ditemani neneknya sebelum dipanggil keluar daripada kelas dan dimaki hamun oleh seorang pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Gitaris Kangen Band gigih bantu mangsa kemalangan, penduduk kampung tiba-tiba datang maki tuduh jadi punca

ARTIKEL BERKAITAN: Andika (Kangen Band) Tampil Imej Bintang Korea Selepas Bebas Penjara

Susulan kejadian itu, Andika berkata, dia membuat laporan polis mengenai insiden yang menganggu emosi anaknya.

"Anak saya trauma dengan kejadian itu dan sebagai bapa sudah tentu saya tak boleh terima anak saya diperlakukan seperti itu.

"Bagi saya biar guru selesaikan jika timbul sebarang masalah dan bukannya kita sebagai orang tua yang mengamuk, marah dan maki hanum," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain