suria

Suami hanya beri sokongan, tak mahu tonton lakonan Dian Sastrowardoyo dalam ‘Gadis Kretek’

Suami Dian ada alasan sendiri tidak mahu menonton Gadis Kretek.

PELAKON Dian Sastrowardoyo memberitau suaminya iaitu Maulana Indraguna Sutowo tidak mahu menonton lakonan dalam siri terbaharu berjudul Gadis Kretek.

Kata Dian, 41, untuk hasil kerja kali ini, Maulana memberikan sokongan namun enggan menyaksikan secara penuh tayangan di medium Netflix itu.

Dian bagaimanapun tidak mahu berkongsi alasan sebenar di sebalik kisah itu dan hanya memberitahu mereka sudah berbincang akan hal berkenaan.

dian 2

Lakonan mantap Dian mendapat pujian ramai.

"Untuk kali ini secara jujur katanya dia (suami) hanya memberi sokongan terhadap kerjaya saya tetapi tidak mahu melihat lakonan dalam drama itu.

"Tontonan kami di Netflix juga berbeza akaun. Jadi algoritma cadangan tidak sama.

"Masih ada perbincangan yang masih kami lakukan. Saya belum boleh kongsi tentang hal tersebut," katanya seperti yang dipetik dari Kompas.

ARTIKEL BRKAITAN: Suami tidak izin hamil, pengacara TV hampir bunuh diri... Nekad minta cerai tak tahan nafkah terabai

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak G-Dragon hilang sabar, bengang adik difitnah ambil dadah... “Ini sangat gila!”

Watak Dasiyah atau Jeng Yah yang dibawakan oleh Diam dalam drama Gadis Kretek menjadi sebutan ramai kerana meninggalkan kesan sangat mendalam buat penonton.

Bercakap tentang drama tersebut, Dian memberitahu dia ada cara tersendiri untuk mendalami karakter Dasiyah yang sedikit introvert dan perlahan dari segi pergerakan.

"Saya luangkan masa di rumah beberapa jam tidak berjumpa sesiapa, tidak memegang telefon. Saya ada ruang sendiri dan tidak mendengar muzik. Saya juga tidak buka internet.

"Senaman yang saya lakukan hanya meditasi serta tarian Jawa yang perlahan. Saya perlu biasakan gerak tubuh yang perlahan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain