suria

Virgoun ugut henti beri wang bulanan... Ibu tak peduli, masih mampu cari duit tampung hidup dan kekasih muda

Eva tidak menghiraukan ugutan Virgoun.

IBU kepada Virgoun iaitu Eva Manurung tidak menghiraukan ugutan penyanyi itu yang enggan memberikan wang perbelanjaan bulanan kepadanya lagi.

Ia susulan Virgoun tidak merestui hubungan Eva bersama Jordan Ali yang baru mencecah umur 31 tahun.

Eva, 60, berkata dia mampu untuk mencari duit sendiri sebagai seorang penyanyi dan guru vokal demi kelangsungan hidup dan teman lelakinya itu.

Virgoun 1

Eva dan Jordan mencari duit sendiri untuk kelangsungan hidup.

"Aku tidak takut, aku kan dulu penyanyi. Aku boleh jadi guru vokal dan dapat duit. Di luar negeri, suara aku masih bagus dan masih diperlukan untuk membuat persembahan," katanya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh kawan kepada Eva iaitu Tessa Mariska.

Tessa turut memaklumkan, Eva sudah tidak lagi mengambil peduli terhadap tindakan anaknya yang tidak merestui hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun, Inara sah cerai... Bekas isteri sujud syukur tuntutan diterima mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Jalin hubungan cinta dengan pemuda 23 tahun, Virgoun henti beri wang bulanan kepada ibu

"Eva bercakap kepada saya, kebahagian dia tidak perlu orang lain masuk campur. Anak saya dulu sibuk dengan karier dan percintaan, tapi aku sendiri," ujarnya.

Sebelum ini, Virgoun bertindak berhenti memberikan wang bulanan kepada ibunya selepas mengetahui wanita itu menjalinkan hubungan dengan Jordan.

Virgoun atau Virgoun Putra Tambunan, 37, bertindak sedemikian kerana tidak bersetuju ibunya menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut.

Hubungan mereka terbongkar selepas didedahkan sendiri oleh kakak Virgoun iaitu Febby Carol.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain