suria

Melly Goeslaw dituduh perosak rumah tangga 15 tahun lalu, wanita desak berjumpa atau rahsia terbongkar

Melly masih lagi belum memberi sebarang kenyataan.

NAMA Melly Goeslaw menjadi bualan ramai ketika ini apabila seorang wanita tampil menuduh penyanyi popular Indonesia iaitu sebagai punca keretakan rumah tangganya.

Masnawati Masud mendakwa perkahwinannya bersama bekas suami musnah dan berakhir dengan penceraian kira-kira 15 tahun lalu.

Dakwa Masnawati, dia terpanggil membuat pendedahan tersebut selepas Melly gagal dihubungi.

mellyyy

Antara keratan artikel yang pernah menyiarkan kisah mereka.

"Saya Masnawati Masud... Saya membuat video ini kerana sukar menghubungi Melly Goeslaw setelah berusaha melakukan pelbagai cara bagi bertemu dengannya.

"Semoga Melly menonton video ini dan mahu bertemu dengan saya untuk selesaikan urusan yang belum selesai. Terima kasih," katanya menerusi video di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Melly Goeslaw kongsi foto terbaharu selepas dua bulan jalani pembedahan bariatrik, berjaya turun 16 kilogram

ARTIKEL BERKAITAN: Melly Goeslaw berhenti merokok selepas pembedahan bariatrik, berat badan turun 34 kilogram

Tidak hanya itu, Masnawati mengugut Melly untuk segera bertemu dengannya jika tidak mahu pelbagai rahsia yang disimpan terbongkar.

Tindakan itu bagaimanapun dikecam netizen yang menganggap wanita itu hanya mahu meraih publisiti murahan dengan mengungkit perkara yang sudah berlalu.

Dalam pada itu, Melly masih lagi berdiam diri terhadap dakwaan terbaharu itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain