suria

Joe Jonas cacah tatu tarikh lahir 2 anak tanda sayang

Ukiran tatu Joe Jonas buat netizen sebak.

PENYANYI Joe Jonas mencacah tatu tarikh lahir dua anaknya di bahagian dada sebagai menunjukkan tanda cinta terhadap mereka.

Perkara itu disedari peminat apabila Joe muncul di atas pentas di Edmonton Alberta, Kanada bersama dua abangnya.

Menerusi beberapa foto yang tular, jelas kelihatan tatu tertulis 07.05.22 untuk anaknya Delphine manakala 07.22.20 buat anak sulungnya Willa.

Bukan hanya itu, dia juga mempunyai satu lagi tatu baharu di bisep kirinya yang memaparkan patung kayu dipercayai untuk anak sulungnya.

joes

Joe dan Sophie bersama dua orang anak mereka.

Peminat juga menyedari tatu burung merupakan ukiran baharu yang merujuk kepada lagu baharu Jonas Brothers berjudul Little Bird.

Ukiran terbaharu itu menarik minat peminatnya yang rata-rata terharu melihat kasih sayang ayah kepada anak-anaknya.

"Joe Jonas sangat menyayangi anak-anak perempuannya sekarang biarkan saya menangis ini sangat murni," antara ko men netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Mediasi 4 hari berjaya, Joe Jonas tak jadi cerai Sophie Turner

ARTIKEL BERKAITAN: Joe Jonas, Sophie Turner akhirnya capai kata sepakat... Anak-anak dibenarkan tinggal di AS atau UK

Pada Oktober lalu, pasangan Joe dan dan Sophie Turner akhirnya berjaya mencapai kata sepakat berkaitan hak penjagaan sementara dua orang anak mereka selepas melalyi proses mediasi.

Hak penjagaan itu diberikan kepada dua-dua pihak mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Dalam masa sama mereka juga dibenarkan untuk membawa anak-anak mereka tinggal sama ada di Amerika Syarikat (AS) atau United Kingdom (UK) yang merupakan negara kelahiran Sophie.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain