PEMINAT kumpulan kpop BTS yang menggelar diri mereka Army dipilih sebagai 'fandom paling dibenci' menerusi The Stan Twitter Choice Awards. Anugerah tersebut berdasarkan undian peminat diadakan setahun sekali melalui platform Twitter yang kini dikenali sebagai X. Pemilihan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat BTS namun ramai berbangga dengan pencapaian tersebut. Kumpulan BTS ditubuhkan pada 2013. Ini disebabkan Army berjaya mengekalkan anugerah yang dimenangi tahun lalu itu. "Sangat bangga dengan Army, tahniah! "Dua tahun sudah kita menang. Tiada siapa yang mampu memenangis seperti kita. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sengaja kongsi foto hisap rokok, peminat kecewa tindakan RM BTS ARTIKEL BERKAITAN: Selepas G-Dragon dan Lee Sun Gyun, 2 anggota BTS pula dituduh terlibat penyalahgunaan dadah "Terima kasih! Anugerah ini sangat berharga bagi kami. Kami akan berusaha lebih tahun hadapan," kata mereka. Anugerah tersebut diadakan bagi menghargai jasa peminat yang sentiasa menyokong artis kegemaran mereka. Antara anugerah diberikan adalah peminat disayangi, peminat paling kreatif, peminat paling memberi impak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!