suria

Luna Maya tak malu kentut depan orang ramai, tanda badan sihat - “Bau busuk dan bunyi nombor dua”

Luna mengakui dirinya suka kentut.

PELAKON Luna Maya tidak pernah berasa malu jika ingin membuang angin atau kentut ketika berada di tempat awam.

Luna atau Luna Maya Sugeng, 40, sebaliknya berkata, kentut merupakan tanda menunjukkan tubuh badan seseorang itu sihat.

"Menurut doktor kentut itu menandakan tubuh badan anda sihat. Jadi tak boleh tahan, lepaskan sahaja!

luna11 - 1

Luna mengakui tidak akan menahan diri daripada terkentut.

"Masalah bau atau bunyi itu perkara nombor dua... Paling penting saya tahu badan saya sihat. Kentut saja, saya tak pernah tahan," katanya.

Pelakon sensasi itu berkongsi mengenai perkara itu ketika muncul dalam siri podcast bersama Tuah Kreasi baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon filem Suzanna: Bernapas Dalam Kubur itu memberitahu dia lebih selesa dengan cuaca panas berbanding sejuk kerana ia akan membuatkan perutnya cepat kembung.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Luna Maya bakal bertunang, gelar Maxime Bouttier lelaki idaman setiap wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Usia cecah 40 tahun, Luna Maya luah hasrat miliki anak sebelum menopaus

Malah kata Luna, pemandu peribadinya merupakan individu yang sering menjadi 'mangsa' terpaksa menghidu bau kentutnya.

"Perut saya senang kembung dan disebabkan itu saya tidak suka dengan cuaca sejuk. Kalau guna penghawa dingin pun biasanya suhunya tidak terlalu rendah.

"Orang yang biasa kena 'bom' adalah pemandu saya," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain