suria

Dipaksa lakukan seks dengan ramai lelaki, penyanyi Cassie saman P. Diddy

Cassie dakwa Diddy melakukan perbuatan sumbang terhadap dirinya.

PENYANYI Cassie memfailkan saman terhadap P. Diddy atas dakwaan merogol dan melakukan penderaan fizikal secara berulang terhadapnya hampir 20 tahun lalu.

Cassie atau Casandra Ventura, 37, mendakwa perbuatan tersebut dilakukan P. Diddy atau Sean Combs ketika dia berusia 19 tahun dan penderaan itu berlarutan selama dua tahun.

Menurut Cassie, Diddy menggunakan pengaruhnya sebagai produser muzik terkenal untuk memikatnya serta menawarkan gaya hidup mewah kepadanya.

cassie 2

Cassie mengalami masalah tekanan sehingga mahu bunuh diri.

Sepanjang dua tahun mereka bercinta, Cassie mendakwa dia juga mula menggunakan dadah selain mengambil minuman keras seara berlebihan.

Lebih teruk lagi, laporan tersebut mendakwa Diddy turut menyuruh Cassie melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki lain tanpa kerelaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Joe Jonas cacah tatu tarikh lahir 2 anak tanda sayang

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh lagi berdiam, Halsey kembali bersuara isu Palestin... Dedah terima ancaman gara-gara tidak sokong Israel

Susulan kejadian itu, Cassie mengalami masalah tekanan mental sehingga terpaksa dimasukkan ke pusat pemulihan kerana pernah terfikir membunuh diri.

Sementara itu, peguam Diddy menyangkal semua tuduhan dibuat Cassie terhadap penyanyi rap terkenal itu dan menyifatkan saman dikemukakan sebagai cara balas dendam dan mahu menjejaskan imejnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain