suria

Taylor Swift tangguh konsert di Brazil, peminat maut akibat cuaca panas melampau

Taylor menangguhkan konsert di Brazil selepas salah seorang peminatnya maut.

PENYANYI Taylor Swift menangguhkan konsert malam kedua di Rio de Janeiro selepas seorang peminatnya maut dipercayai akibat cuaca panas ketika hadir menonton persembahan pertamanya di negara itu pada Jumaat lalu.

Taylor, 33, mengumumkan perkara itu menerusi Instagram miliknya memberitahu keputusan menangguhkan persembahan yang sepatutnya berlangsung pada Ahad disebabkan cuaca panas ekstrem yang sedang melanda negara berkenaan.

Penyanyi itu juga tidak mahu membahayakan peminat yang hadir ke konsert itu nanti dalam keadaan cuaca panas.

Taylor mendiamkan diri semasa berada di atas pentas.

Taylor semasa lakukan persembahan di Rio, Brazil.

Pihak penganjur pula dalam satu kenyataan memberitahu konsert malam kedua itu dijadualkan berlangsung pada Isnin.

Suhu di Rio naik mendadak kepada 42 darjah celcius sejak beberapa hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift takut tengok penonton baling barang atas pentas, minta jaga kelakuan

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift dah jumpa cinta baharu, ‘dating’ senyap-senyap dengan pemain bola sepak Travis Kelce

Sementara itu, Taylor juga dilihat mengalami kesukaran bernafas ketika mengadakan konsert jelajah dunia di Rio de Janeiro, Brazil pda Jumaat lalu.

Menerusi video yang tular di media sosial, Taylor dilihat tercungap-cungap semasa berada di atas pentas sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu berjudul Bejeweled.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku semasa penghujung persembahannya selepas berjam-jam dia menghiburkan peminatnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain