suria

Inara mahu cari pengganti selepas sah cerai Virgoun... Pilih lelaki good looking, tak selekeh

Inara kini mencari lelaki yang good looking.

SELEPAS sah bercerai dengan Virgoun pada 10 November lalu, Inara Rusli kini sedang mencari teman hidup baharu.

Inara atau Inara Idola Rusli, 30, berkata, dia mengidamkan seorang lelaki yang mempunyai rupa paras tampan.

Dalam masa sama, Inara turut berharap supaya pasangannya itu tidak selekeh dan pandai bergaya.

Inara 1

Inara dan Virgoun baru bercerai pada 10 November lalu.

"Sepertinya saya mahukan seorang lelaki yang good looking. Dan dia juga lebih pandai untuk berfesyen," katanya.

Inara memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.

Tambah Inara, dia juga berharap agar bakal suaminya itu mampu untuk memimpin keluarga dengan baik selain mempunyai kewangan yang stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun ugut henti beri wang bulanan... Ibu tak peduli, masih mampu cari duit tampung hidup dan kekasih muda

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun, Inara sah cerai... Bekas isteri sujud syukur tuntutan diterima mahkamah

Meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang menyatakan kehendak Inara itu adalah disebabkan pengalamannya yang lalu bersama Virgoun.

"Kerana telah disakitkan dengan yang bad looking, sakitnya itu bertambah parah.

"Dia cari good looking sebab pengalaman dapat orang yang tiada rupa dan juga sikap yang buruk," kata mereka.

Inara 2

Inara dan Virgoun dikurniakan tiga cahaya mata.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 namun sah bercerai pada November lalu.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain