suria

Blackpink dijemput ke Istana Buckingham, terima anugerah kehormat daripada Raja Charles III

Blackpink terima anugerah daripada Raja Charles III.

KUMPULAN Kpop Blackpink menerima anugerah Most Excellent Order of the British Empire (MBE).

Penghargaan tersebut diberikan oleh Raja Charles III di Istana Buckingham di London.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh akaun rasmi Kerabat Diraja Korea.

BP 1

Anugerah itu sempenan peranan mereka di KTT COP26.

“Raja diiringi Presiden Korea dan isteri menyambut baik Blackpink di Istana Buckingham dan juga anugerah kehormat yang diperoleh,” katanya pada Rabu.

Tambahnya, anugerah tersebut diberi disebabkan peranan kumpulan itu semasa Persidangan Peringkat Tertinggi Perubahan Iklim Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (KTT COP26) pada 2021 lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rose Blackpink dipilih jadi panel bincang topik kesihatan mental, mahu beri inspirasi melalui muzik

ARTIKEL BERKAITAN: Luang masa bersama di Paris, Lisa Blackpink dan bos Tag Heuer masih jalin hubungan istimewa

"Kumpulan itu telah dianugerahi penghargaan sebagai pengakuan atas peranan mereka dalam KTT COP26 di Glasgow,” ujarnya.

Blackpink pada Selasa dijemput untuk menjadi salah satu tetamu di Istana tersebut untuk menghadap Raja Charles III dan Ratu Camilla.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain