suria

Berani buat kelakuan tak senonoh, Jamie Foxx didakwa lakukan serangan seksual terhadap seorang wanita 8 tahun lalu

Jamie didakwa melakukan serangan seksual terhadap peminat wanita.

PELAKON Jamie Foxx didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita dalam satu insiden yang berlaku pada tahun 2015.

Memetik laporan E News, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu mengatakan ketika dia dan rakannya sedang makan di sebuah restoran di New York, Amerika Syarikat, mereka melihat Foxx duduk berdekatan rakannya itu.

jamie1 - 1

Jamie didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral.

Foxx dilihat memenuhi permintaan rakannya itu untuk bergambar dan memuji kecantikan yang dimiliki mereka.

Dalam pada itu, mangsa mendakwa pemenang anugerah Oscar itu kemudiannya mencabul dirinya dengan meramas payudara dan meletakkan tangan pada bahagian seluar serta menyentuh kemaluannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah kehidupan Tyson di kaca televisyen, bakal dilakonkan Jamie Foxx

ARTIKEL BERKAITAN: Percintaan 6 tahun musnah, Jamie Foxx dan Katie Holmes putus cinta

Jelas mangsa, Foxx berhenti melakukan perkara sumbang itu selepas rakannya mendekati mereka.

Menurut tuntutan yang dibuat, mangsa terpaksa menjalani rawatan perubatan untuk kecederaan dan tekanan emosi yang dialami.

Sehingga kini dimaklumkan wakil aktor berkenaan masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap tuntutan yang dibuat oleh wanita tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain