suria

Wajah bertukar seperti nenek tua, Luna Maya kena rasuk di tapak peninggalan jajahan Jepun

Luna diganggu makhluk halus ketika di lokasi penggambaran.

PELAKON Luna Maya berkongsi pengalaman seram berdepan gangguan mistik ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul Panggonan Wingit.

Luna, 40, berkata, perkara tersebut mula disedari oleh seorang pemerhati aktiviti paranormal yang ditugaskan berada di set penggambaran bagi mengesan sebarang kejadian pelik.

Kata Luna, meskipun kurang percaya dengan perkara tahyul namun dia sendiri dapat melihat perubahan pada wajahnya selepas kejadian tersebut.

Luna tidak serik menerima tawaran berlakon filem seram.

"Yanto (pemerhati aktiviti paranormal) beritahu ada yang mendekati dan mahu masuk ke dalam badan saya.

"Ketika itu kami sedang merakamkan babak terakhir sekitar pukul 3 pagi... Saya ambil gambar di depan gua peninggalan zaman Jepun.

"Sewaktu berehat saya lihat wajah saya dalam foto yang saya ambil nampak berbeza! Muka saya kelihatan seperti nenek tua," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya tak malu kentut depan orang ramai, tanda badan sihat - “Bau busuk dan bunyi nombor dua”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Luna Maya bakal bertunang, gelar Maxime Bouttier lelaki idaman setiap wanita

Penggambaran filem tersebut diadakan di sebuah kawasan peninggalan era penjajahan Jepun di Bandung, Indonesia.

Tambah Luna, meskipun sudah banyak kali berlakon dalam filem genre seram namun ini merupakan pengalaman pertama dialaminya.

"Ini kejadian seram pertama berlaku pada saya. Akhirnya saya dapat mengalami sendiri pengalaman ini," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain