suria

Pelakon meninggal dunia lepas sedut lemak, keluarga mahu teruskan tindakan saman

Keluarga mahu tuntut pembelaan atas kematian Nanie.

AHLI keluarga kepada Allahyarham Nanie Darham tetap dengan pendirian mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggung jawab atas kematian pelakon itu.

Kakak kepdaa Nanie yang dikenali sebagai Indrie bertegas bahawa mereka tidak akan duduk diam menuntut keadilan sekali gus mahu pihak terbabit mendapat hukuman sewajarnya.

"Kami mahu meneruskan tindakan, pasti ada hukuman terhadap pesalah yang terlibat dalam kes ini. Saya akan perhatikan kes ini sehingga selesai," katanya.

nanie darham 1

Nanie bersama anak sulungnya.

Nanie meninggal dunia pada 21 Oktober lalu selepas melakukan pembedahan menyedut lemak (liposuction) di sebuah klinik di Jakarta, Indonesia.

Pelakon filem Air Terjun Pengantin ini menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun dan ketika itu dia baru dua bulan menyambut kelahiran cahaya mata kedua.

Susulan kematian Nanie, pihak polis menjalankan siasatan lanjut terhadap klinik yang melakukan prosedur berkenaan sedangkan ia tindakan bahaya bagi wanita selepas melahirkan anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah bertukar seperti nenek tua, Luna Maya kena rasuk di tapak peninggalan jajahan Jepun

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri menang royalti 5 lagu ciptaan Virgoun, pertama kali dalam sejarah Indonesia

Pihak polis telah menjalankan siasatan terhadap 11 orang saksi termasuk doktor yang menjalankan pembedahan serta kakitangan klinik berkenaan.

Dikatakan pihak klinik itu setuju untuk melakukan prosedur meskipun cadangan daripada pakar agar ia dilakukan selepas enam bulan Nanie melahirkan anak keduanya.

Kematian Nanie disebut sebagai satu bentuk penyelewangan dalam amalan perubatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain