ANGGOTA kumpulan Waker iaitu Kwon Hyeop mencuri perhatian apabila dia dikatakan mempunyai iras seperti V BTS. Hyeop yang sebelum ini dikenali menerusi program realiti Produce 101 musim kedua bagaimanapun dituduh cuba meniru gaya V bagi meraih perhatian peminat. Meskipun menyangkal dakwaan tersebut, Hyeop bagaimanapun berhasil mendapat perhatian netizen apabila sebuah komuniti online diwujudkan bagi membincangkan persamaan di antaranya dan V. Kwon Hyeop menerima perhatian netizen. Pada awalnya ramai menyangka foto Hyeop yang dikongsi dalam komuniti itu adalah V dan mereka tidak menafikan kedua-dua mereka mempunyai wajah seiras. "Sekiranya saya tidak membaca kapsyen itu, saya menyangka dia adalah V. "Mereka benar-benar seperti kembar, sangat serupa," tulis netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat wanita ditahan ekori V BTS, rupanya ada rekod kesalahan sama ARTIKEL BERKAITAN: V anggap diri anggota BTS paling ‘slow’, menangis terkenang kepayahan bergelar artis Bagaimanapun, terdapat juga peminat yang tidak bersetuju dan mengatakan bahawa hanya gambar pertama yang dikongsi kelihatan seperti V, manakala gambar-gambar lain tidak menunjukan kedua-dua mereka seiras. "Dia (Kwon Hyeop) hanya meniru gaya rambut seperti V. "Jika anda (netizen) menonton videonya, mereka tidak serupa sama sekali," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!