suria

Bintang ‘High School Musical’ sudah kahwin! Vanessa Hudgens pilih pemain besbol sebagai teman hidup 

Vanessa Hudgens berkahwin dengan Cole Tucker di Mexico.

PELAKON Vanessa Hudgens kini bergelar isteri kepada pemain besbol Cole Tucker.

Majlis pernikahan tersebut berlangsung secara tertutup di Tulum, Mexico pada 2 Disember lalu.

NP

Bintang High School Musical itu bergambar sambil berkaki ayam.

Vanessa turut berkongsi foto memperlihatkan dia bergambar di tepi pantai lengkap berpakaian berwarna putih.

Untuk rekod, Vanessa dan Cole mula menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu ketika dunia di landa wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Vanessa Hudgens temui cinta baharu? Berpegangan tangan dengan pemain besbol Cole Tucker

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat mahu Zac Efron 'cucuk jarum' selepas Vanessa Hudgens dan Austin Butler putus

Mereka bertemu secara virtual ketika sama-sama menyertai kumpulan meditasi yang dibuat menerusi video Zoom.

Bintang High School Musical itu juga mengakui dia yang mengejar cinta Cole ketika muncul dalam program The Drew Barrymore Show pada Mei 2021.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain