NAMA Ayu Ting Ting menjadi bualan ramai apabila penyanyi berkenaan 'kantoi' menyapu bedak asas pada bahagian ketiaknya. Sedar dia menjadi bahan jenaka netizen, Ayu menyangkal perkara itu sebaliknya menjelaskan tidak logik bedak asas yang digunakan pada wajah disapu pada bahagian ketiak. Sebaliknya kata Ayu, dia menggunakan ubat mencerahkan ketiak yang mungkin pada orang lain kelihatan seperti bedak asas. Ayu bangga tayang ketiaknya pada orang ramai. "Mana boleh bedak asas pakai dekat ketiak? Saya guna ubat pencerah ketiak! "Bedas asas hanya boleh pakai di muka, jangan salah faham," jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak minta bapa ala lelaki Korea, Ayu Ting Ting pening cari pasangan ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting jatuh sakit setibanya di Makkah Menerusi video dimuat naik di media sosial itu, Ayu juga sempat menunjukkan ketiaknya semakin putih berbanding sebelum ini. Tambah Ayu, ketiaknya kelihatan hitam disebabkan faktor cahaya yang kurang cerah pada ketika itu. Namun tindakan Ayu sekali lagi tidak disenangi apabila dikatakan menggunakan peluang tersebut untuk memasarkan produknya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!