suria

Lucinta Luna ‘naik hantu’ barangan mewah hilang, pecat pembantu rumah ada masalah pelupa

Lucinta masih siasat berapa kerugian yang terpaksa ditanggung.

PERSONALITI media sosial dari Indonesia, Lucinta Luna bengang apabila mendapati barangan jenama mewah miliknya yang disimpan di rumah hilang.

Meskipun tidak menyatakan jumlah kerugian, namun dipercayai barangan tersebut bernilai ribuan ringgit.

Malah, sehingga kini Lucinta masih lagi menyiasat barangan lain yang disyaki turut dicuri.

399527127_2054953648185856_3838221396524070851_n

Lucinta gemar membeli belah barang mewah.

"Gila! Rumah saya dimasuki pencuri dan tidak tahu siapa yang curi. Dompet Dior, kasut Dior, kasut Alexander Mcqueen saya hilang!" katanya menerusi satu hantaran di Instastory.

Dalam nada bengang, Lucinta berkata dia yakin kehilangan barangan mewah itu adalah disebabkan kecuaian pembantu rumahnya.

Disebabkan itu jugalah dia bertindak memecat salah seorang pembantunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna trauma dengan lelaki, sedar hanya ‘alat’ demi kepentingan diri

ARTIKEL BERKAITAN: Buat muka lagi! Lucinta Luna bangga tayang wajah baharu, siap nak ‘spill’ nama hospital

"Semuanya kerana saya sibuk dan terlalu memanjakan pembantu saya sampai tidak perasan barang berjenama saya hilang.

"Pasti semua ini disebabkan orang dalam. Saya dah pecat pembantu rumah saya sebab bila ditanya dia sentiasa lupa," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain