PARIS Hilton mendedahkan antara alasan dia menggunakan kaedah ibu tumpang bagi mendapatkan dua anaknya kerana trauma dialaminya ketika zaman remaja. Paris, 42, berkata, gangguan stres pasca trauma (PTSD) yang dialami ketika tinggal di asrama Provo Canyon School di Utah membuatkan dia takut berdepan dengan doktor apatah lagi melahirkan anak. "Jika saya berada di hospital atau mendapatkan suntikan saya akan diserang panik dan tidak boleh bernafas. Pada November lalu Paris mengumumkan kelahiran anak keduanya iaitu London. "Saya tahu trauma itu tidak baik jika saya hamil dengan tekanan serta serangan panik berterusan setiap kali datang ke hospital membuat pemeriksaan," katanya. Tiga tahun lalu, Paris mendedahkan dia menjadi mangsa gangguan seksual, fizikal dan emosi sepanjang menetap di asrama sekolah itu. Paris mendakwa ketika berada di sekolah itu, dia beberapa kali dipaksa melakukan ujian ginekologi tanpa rela yang membuatkan dia trauma. ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton sambut kelahiran bayi lelaki guna kaedah ibu tumpang ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton umum dapat anak kedua, beri nama London Penderaan itu membuatkan Paris trauma setiap kali berjumpa doktor. Pada Januari lalu, Paris mengumumkan kelahiran anak lelakinya yang diberi nama Phoenix Barron melalui kaedah ibu tumpang. Pada November, Paris menerusi Instagram memaklumkan dia dan suami iaitu Carter Reum menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama London. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!