suria

Luna Maya dituduh terdesak mahu kahwin, rampas bunga tangan daripada orang lain

Luna berpelukan bersama BCL selepas berjaya tangkap bunga.

NAMA pelakon Luna Maya menjadi bualan ramai apabila berjaya menangkap bunga tangan semasa majlis perkahwinan penyanyi Bunga Citra Lestari pada Ahad lalu.

Menerusi video yang tular di media sosial memperlihatkan Luna malu-malu apabila berjaya menangkap bunga berkenaan apatah lagi tetamu bersorak berharap pelakon itu bakal berkahwin tidak lama lagi.

Bagaimanapun timbul pula khabar angin mengatakan Luna sebenarnya merampas bunga tangan tersebut daripada salah seorang tetamu.

luna

Luna teruja dapat tangkap bunga tangan di majlis perkahwinan sahabatnya BCL.

Menurut netizen, bunga itu pada awalnya berjaya ditangkap oleh seorang wanita yang mengenakan gaun berwarna hijau sebelum Luna merampasnya.

"Kenapa Luna macam itu, yang dapat bunga kan orang lain. Nak kahwin sangat agaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah bertukar seperti nenek tua, Luna Maya kena rasuk di tapak peninggalan jajahan Jepun

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya tak malu kentut depan orang ramai, tanda badan sihat - “Bau busuk dan bunyi nombor dua”

"Yang baju hijau dapat tapi Luna rampas," antara komen netizen.

Tidak mengendahkan perkara tersebut, Luna sebaliknya berkongsi kegembiraan menangkap bunga berkenaan di Instagram miliknya.

Menjengah ke ruangan komennya rata-rata peminat netizen mendoakan agar Luna dan juga kekasihnya Maxime Bouttier bergelar suami isteri tidak lama lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain