suria

NewJeans terima ugutan bunuh, pihak pengurusan giat jejak pemilik akaun IG

NewJeans terima ugutan bunuh ketika membuat video siaran langsung di Instagram.

SEDANG asyik melayan peminat, dua anggota kumpulan NewJeans iaitu Min Ji dan Hye In menerima komen ugutan bunuh ketika membuat siaran langsung di Instagram.

Tidak berdiam diri dengan ugutan itu, syarikat pengurusan mereka iaitu Ador Agency memberitahu bakal mengambil tindakan lanjut terhadap individu yang meninggalkan komen tersebut.

Malah ketika ini pihaknya sedang berusaha menjejak individu berkenaan.

newsjeans

Min Ji dan Hye In terima ugutan bunuh di media sosial

"Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perbuatan seperti fitnah, komen jahat, penghinaan, ugutan serta sebarang penyebaran maklumat palsu berkaitan dengan NewJeans," kata wakil syarikat berkenaan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak Ador Agency juga menutup ruang komen setiap ahli kumpulan itu ketika siaran langsung dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya dituduh terdesak mahu kahwin, rampas bunga tangan daripada orang lain

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Ferrari remuk teruk kemalangan, Michael B. Jordan tak alami sebarang kecederaan

Ini bagi mengelak semua anggota NewJeans berasa selesa ketika menyapa peminat dalam siaran langsung dan tidak berasa terancam jika ada ingin mengugut mereka.

NewJeans mula aktif sejak Ogos tahun lalu sudah beberapa kali menerima ugutan termasuk gangguan seksual di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain