SETELAH membanggakan Malaysia kerana menjadi satu-satunya wakil tunggal bagi program Universe Ticket terbitan SBS, penyanyi remaja dikenali sebagai Alyssa akhirnya membuat keputusan mengundurkan diri daripada rancangan berkenaan. Berita itu mengejutkan ramai peminat yang berharap agar gadis berusia 18 tahun ini mampu menyinar sebagai seorang bintang K-Pop. Meskipun punca penarikan diri Alyssa tidak didedahkan, namun ada dakwaan mengatakan dia membuat keputusan itu kerana ingin menyambung pengajiannya. Pelbagai dakwaan muncul selepas Alyssa umum tarik diri. Malah, ada juga mendakwa Alyssa membuat keputusan tersebut kerana kurang mendapat perhatian pihak produksi yang hanya memberikan screen time singkat semasa persembahannya secara berkumpulan. Menerusi laman media sosial X (Twitter), rata-rata peminat terkejut dengan keputusan itu kerana menganggap remaja tersebut berpotensi untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. "Sayangnya Alyssa dilayan dengan teruk. ARTIKEL BERKAITAN: NewJeans terima ugutan bunuh, pihak pengurusan giat jejak pemilik akaun IG ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 5 hari masuk kem tentera, V BTS dan Jennie pilih bawa haluan masing-masing "Kesiannya Alyssa. "Ahli kumpulan pun tidak jaga dia sangat," kata mereka. Sebelum ini, Alyssa telah disenarai pendek sebagai salah seorang daripada 41 peserta yang berjaya memasuki program Universe Ticket. Universe Ticket ialah sebuah program pencarian bakat bertujuan memilih lapan ahli girl group baharu yang akan dipromosikan di bawah F&F Entertainment. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!