TIDAK menggunakan nama sebenar sejak bergelar artis, pendedahan pelakon Park Seo Joon mengenai perkara itu menjadi bahan ketawa peminat. Aktor berusia 34 itu mendedahkan dia tidak menggunakan nama Park Young Gyu yang diberikan ibu bapanya kerana ia kedengaran seperti orang tua. Yeo Jae Suk ketawa selepas pendedahan Park Seo Joon. Seo Joon mendedahkan perkara itu ketika muncul dalam program You Quiz on The Block baru-baru ini. Pengakuan itu membuatkan penonton terhibur malah Yoo Jae Suk yang bertindak sebagai pengacara turut bersetuju nama berkenaan terlalu tua untuk aktor kacak sepertinya. ARTIKEL BERKAITAN: Kunci mulut kisah cinta, Park Seo Joon malas layan gosip ARTIKEL BERKAITAN: Penantian tidak berbaloi, peminat kecewa Park Seo Joon muncul 2 minit dalam ‘The Marvel’ Dalam pada itu, Seo Joon memberitahu ramai memanggilnya dengan panggilan pakcik apabila mengetahui nama sebenarnya. "Sebab itu apabila saya beritahu orang nama sebenar saya, mereka akan mengusik saya dengan memanggil saya pakcik," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!