PELAKON dan pengacara Jada Pinkett Smith tidak akan sesekali meninggalkan suaminya aktor Will Smith selepas insiden memalukan di Anugerah Akademi tahun lalu. Jada berkata, tindakan Will menampar pelawak Chris Rock bagi mempertahankan dia disifatkan sebagai hikmah yang menjadikan hubungan mereka bertambah akrab. Dedah Jada, dia sebenarnya sudah lama terfikir mengakhiri hubungan mereka namun keputusan itu berubah selepas melihat tindakan Will di Anugerah Akademi. Jada mengakui tidak akan meninggalkan Will. "Saya menganggap insiden itu seperti tamparan suci kerana banyak perkara baik berlaku selepas itu. "Selepas bertahun-tahun saya cuba fikir sama ada mahu tinggalkan suami atau pun tidak tetapi kejadian itu mengubah keputusan saya," katanya. Pada acara berprestij itu, Chris berjenaka mengenai masalah kepala botak dihidapi Jada sebelum Will naik ke pentas dan menampar Chris. ARTIKEL BERKAITAN: Jada Pinkett dan Will Smith berpisah sejak 2016, tiada perancangan cerai secara rasmi ARTIKEL BERKAITAN: Will Smith tampar muka Chris Rock, hilang sabar buat lawak tentang isteri tiada rambut Sebelum ini, Jada mendedahkan dia dan Will sudah berpisah sejak 2016. Bagaimanapun mereka memilih merahsiakan perkara itu kerana belum bersedia bercakap mengenainya kepada umum. Untuk rekod, Jada dan Will berkahwin sejak 1997 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jaden Smith dan Willow Smith. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!