SELEPAS lima tahun menyulam cinta, pelakon Robert Pattinson dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya iaitu Suki Waterhouse. People melaporkan lamaran itu bukti Robert sangat mencintai Suki dan mahu mengakhiri hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan tidak lama lagi. Apatah lagi ketika ini Suki sedang hamil anak pertama mereka. Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2018. "Mereka sudah bertunang dan mahu berkahwin tidak lama lagi. "Dia (Pattison) sangat bersedia. Hubungannya dengan Suki luar biasa. Dia berasa sangat bertuah," kata sumber pasangan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih tayang perut buncit depan paparazi, Robert Pattinson bakal bergelar bapa ARTIKEL BERKAITAN: Ejen pun terkejut tiba-tiba Robert Pattinson tukar fikiran nak berlakon filem ‘The Batman’ Desas-desus pertunangan mereka mula menjadi bualan apabila Suki, 31, dilihat memakai cincin berlain di jari manisnya ketika pasangan itu bersiar-siar di sekitar London Isnin lalu. Robert dan Suki mula menjalinkan hubungan pada 2018 namun memilih merahsiakan percintaan mereka kepada umum. Bagaimanapun, pasangan itu mula menampilkan kemesraan sebagai pasangan pada 2022 di khalayak ramai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!