PELAKON Jennifer Love Hewitt mendedahkan perhatian diterima ketika namanya di puncak populariti memberi kesan buruk kepada keyakinan diri sebagai seorang wanita. Jennifer, 44, berkata, perhatian membuatkan dia berasa insecure dengan diri sendiri selain perlu hidup mengikut standard ditetapkan orang lain. Nama Jennifer mula melonjak naik selepas membintangi filem I Know What You Did Last Summer pada 1997 dan sejak itu dia sentiasa menjadi perhatian ramai. Jennifer mengakui rasa insecure digelar seksi sejak muda. "Saya sering rasa seperti diperhatikan... Saya digelar wanita seksi sebelum saya tahu maksud sebenar seksi. "Pada usia 17 tahun saya sudah menjadi penghias muka depan majalah Maxim dan saya tidak tahu kenapa saya setuju," katanya. Jennifer berkongsi perkara itu menerusi episod podcast Inside of You. Walaupun sudah menemui keyakinan diri, Jennifer bagaimanapun mengakui agak sukar apabila sering mendapat perhatian ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Love Hewitt Mahu Insurankan Payudara ARTIKEL BERKAITAN: Perasaan insecure punca Madonna jatuh sakit, tetap mahu bersaing dengan penyanyi lebih muda Ini disebabkan wujudnya tetapan budaya pada penampilan wanita yang adakalanya membuatkan perasaan kurang percaya diri kembali menghantui diri. "Saya fikir agak bahaya bagi wanita sebab perlu sentiasa kelihatan seperti usia 22 tahun. "Tapi bagi saya itu bukan masalah sebab kini saya berusia 44 tahun dan ini adalah rupa sebenar saya!," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!