suria

G-Dragon tubuh yayasan bantu perangi masalah penyalahgunaan dadah

G-Dragon menyimpan hasrat untuk membantu penagih dadah di Korea Selatan.

PENYANYI G-Dragon merancang menubuhkan sebuah yayasan bagi membantu memerangi penyalahgunaan dan ketagihan dadah di Korea Selatan.

G-Dragon atau Kwon Ji Yong, 35, berkata, kontroversi dia dituduh mengambil dadah turut membuka matanya untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya dadah.

Apatah lagi ketika ini bilangan penagih dadah di negara itu semakin bertambah.

GD - 1

G-Dragon mendapat sorotan pihak media kerana kes dadah.

"Seperti yang anda semua tahu, saya melalui detik sukar tahun ini. Sebelum ini saya tak pernah berdepan situasi sebegini.

"Ada 20,000 penagih dadah di Korea dan kurang 500 daripadanya mendapat rawatan sewajarnya.

"Tindakan tegas perlu diambil terutama dalam kalangan golonga muda yang terdedah kepada penyalahgunaan dadah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon sangkal cukur bulu badan sebelum disiasat kes dadah, sikap acuh tak acuh sebab gementar... Peminat tampil kempen #WeStandWithGDragon

ARTIKEL BERKAITAN: Bebas tuduhan ambil dadah, G-Dragon mahu saman penyebar fitnah

Kenyataan penyanyi itu dibaca oleh wakil daripada agensi baharunya Galaxy Corporation iaitu Cho Sung Hae dalam sebuah sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Sung Hae turut meminta orang ramai untuk memberikan sokongan buat usaha murni yang bakal dijalankan oleh G-Dragon.

"G-Dragon telah dibebaskan daripada semua pertuduhan penggunaan dadah dan kami berharap agar anda memberikan sokongan buatnya dalam laluan baharu yang akan dijalaninya akan datang," ujarnya.

GD1 - 1

Keputusan air kencing G-Dragon adalah negatif.

Menurut Sung Hae lagi, pihak polis secara rasmi menutup kes penyalahgunaan dadah melibatkan G-Dragon pada Isnin.

G-Dragon sebelum ini hadir di Balai Polis Nonhyeon, Korea Selatan bagi menjalani siasatan selepas didakwa atas kesalahan mengambil dadah.

Siasatan berlangsung dalam tempoh empat jam dan selepas keluar dari balai polis, G-Dragon dengan gembira memberitahu keputusan air kencing adalah negatif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain