PELAKON Angelina Jolie mendedahkan dirinya pernah menderita masalah saraf iaitu Bell's Palsy di separuh wajahnya akibat tekanan hidup. Angelina berkata keadaan itu berlaku kerana dia mengalami tekanan semasa proses penceraian dengan suaminya Brad Pitt pada tahun 2017. "Badan saya bertindak balas dengan sangat kuat terhadap tekanan. Gula darah saya naik dan turun. Angelina derita selama enam bulan. "Saya tiba-tiba mengalami Bell's Palsy kira-kira enam bulan sebelum perceraian saya," katanya semasa ditemubual Wall Street Journal. Dia bagaimanapun bersyukur apabila keadaan wajahnya semakin baik selepas menjalani terapi akupuntur secara teratur. Untuk rekod, Angeline dan Brad bercerai pada 2016 selepas 12 tahun mendirikan perkahwinan. ARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie tak suka tinggal di Los Angeles, bercadang pindah Kemboja... “Hollywood bukan tempat sihat” ARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie akhirnya bersama Palestin, label pemimpin dunia zalim tak sokong genjatan senjata di Gaza Namun peguam pasangan itu memberitahu perpisahan itu hanya berlaku secara rasmi pada 2017. Pasangan ini mempunyai enam orang anak iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Knox Leon, dan Vivienne Marcheline. Perceraian menjadi perhatian ramai selepas mereka berebut hak penjagaan anak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!