suria

Park Seo Joon pernah dikritik kerana wajah biasa-biasa, disaran buat pembedahan plastik

Wajah Seo Joon kini digilai ramai peminat wanita.

PELAKON Park Seo Joon mengakui dia pernah berdepan rasa rendah diri dengan penampilan sewaktu awal pembabitan dalam industri seni.

Menerusi sebuah temu bual dalam program bual bicara You Quiz di tvN, Seo Joon berkongsi pengalaman mula bergelar pelakon dan melalui fasa standard kecantikan (beauty standard) yang agak berbeza.

psj - 1

Seo Joon pernah merasa kurang yakin dengan penampilan dirinya.

"Mata merupakan ancaman terbesar (insecurity) dalam diri saya. Sewaktu pertama kali saya membuat kemunculan sebagai artis, saya menerima banyak kritikan.

"Pada waktu itu, peminat lebih suka artis yang mempunyai penampilan tersendiri dan bukan wajah biasa yang dimilikinya... Saya juga pernah menerima komen seperti 'Dari mana budak (Seo Joon) ini datang?," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada kisah Park Seo Joon tak guna nama sebenar, satu studio ketawa apabila tahu sebabnya!

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian tidak berbaloi, peminat kecewa Park Seo Joon muncul 2 minit dalam 'The Marvel'

Dalam pada itu, pelakon filem The Marvels itu turut menerima saranan untuk melakukan pembedahan plastik.

"Saya malah menerima cadangan untuk melakukan pembedahan plastik dan ia sekali gus membuatkan rasa keyakinan diri saya berkurangan.

"Saya sering terfikir apakah yang tidak kena pada diri saya? Adakah kerjaya artis bukan takdir untuk hidup saya?," ujarnya.

Pun begitu, Seo Joon kini menjadi salah seorang pelakon Korea yang paling disayangi kerana bakat yang dimilikinya.

Aktor berkenaan turut meluahkan rasa lega kerana dia tidak mengubah penampilannya atau berputus asa menjadi pelakon disebabkan kritikan-kritikan yang diterima sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain