suria

Piyu Padi cuma dapat RM90 setahun, persoal ketelusan bayaran royalti untuk pencipta lagu

Piyu berkongsi hanya menerima wang royalti sebanyak RM90.

PEMAIN gitar kumpulan Padi iaitu Piyu mendedahkan dia hanya menerima royalti muzik sebanyak 300,000 rupiah Indonesia atau RM90.

Memetik laporan Kompas, pendapatan yang diterima itu adalah hasil daripada pungutan deretan lagu ciptaan Piyu yang dimainkan oleh penyanyi lain di acara atau konsert dalam tempoh setahun .

Piyu mendakwa pengagihan royalti diberikan secara tidak telus.

Piyu mendakwa pengagihan royalti diberikan secara tidak telus.

Kata Piyu, dalam sebuah acara secara langsung, penyanyi boleh mendapat bayaran sehingga ratusan juta rupiah, namun pencipta lagu hanya mendapat jumlah bayaran yang rendah.

"Ini sudah terbukti saya sebagai pencipta lagu ketika acara atau konsert hanya menerima 300,000 rupiah (RM90).

ARTIKEL BERKAITAN: Once tiada hak, Ahmad Dhani minta jangan pertikai isu royalti Dewa 19

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri menang royalti 5 lagu ciptaan Virgoun, pertama kali dalam sejarah Indonesia

"Itu untuk live event. Kalau penyanyi boleh dapat ratusan juta (rupiah), pencipta lagunya hanya dapat sekian ratus ribu (rupiah) sahaja... Itu pun untuk tempoh setahun," katanya.

Dalam pada itu, Piyu menyifatkan sistem pungutan royalti muzik untuk pencipta lagu tidak dikendalikan dengan telus.

“Seperti ada yang tidak kena dalam sistem pungutan royalti ini. Penganjur menganggap sudah membayar kepada Lembaga Management Kolektif Nasional (LMKN) tetapi kenapa tidak pernah sampai ke pencipta lagu?

“Ini maksudnya ada campur tangan pihak ketiga dan kami harus cari tahu dan lihat laporan kutipan royalti ini,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain