TINDAKAN penyanyi rap Travis Scott membatalkan konsertnya di Chicago, Amerika Syarikat tiga jam sebelum berlangsung mengundang kemarahan peminat. Scott, 32, bagaimanapun menjelaskan pembatalan konsert itu bukan atas kehendaknya tetapi disebabkan dia terperangkap di lapangan terbang. "Saya terperangkap 24 jam di lapangan terbang... Paling gila!," jelasnya menerusi hantaran di X. Peminat tidak puas hati dengan keputusan saat akhir membatalkan konsert tersebut. Pembatalan konsert itu diumumkan penganjur iaitu United Center sekitar pukul 4 petang, Jumaat lalu. Bagaimanapun, konsert tersebut bakal dijadualkan semula pada 3 Januari 2024. Melihat ke ruangan komen Instagram milik Scott, rata-rata peminat menzahirkan kekesalan terhadap pembatalan saat akhir konsert itu. ARTIKEL BERKAITAN: Patah hati dengan Travis Scott, Kylie Jenner dikatakan hangat bercinta dengan Timothee Chalamet ARTIKEL BERKAITAN: Bergaduh di kelab malam, Travis Scott diburu polis "Awak membuat Chicago sangat kotor. Saya sudah bersedia untuk malam tersebut dan kenapa tidak diberikan notis awal? "Saya sangat benci awak Scott, sekurang-kurangnya awak perlu meminta maaf. "Kenapa awak buat kami macam ini? Saya datang dari luar Chicago dan perlukan banyak duit untuk datang ke sini. "Ini benar-benar melampau. Sangat kecewa dengan tindakan ini," kata mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!