KELIBAT anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa sedang menikmati makan malam di sebuah restoran di negara kelahirannya iaitu Bangkok, Thailand menjadi tumpuan peminat. Menerusi foto yang tersebar di media sosial, Lisa dilihat sedang makan bersama anak perempuan kepada pemilik jenama Samsung iaitu Lee Jae Yong. Namun apa lebih menjadi tumpuan adalah ramai kagum dengan kemesraan Lisa dengan peminat yang menyapanya. Lisa mesra menyapa peminat. Lisa juga tampil santai dengan hanya mengenakan seluar jean yang dipadankan dengan kemeja T berwarna merah jambu serta berselipar. Lebih menarik lagi apabila dia juga tidak dijaga oleh pengawal peribadi sehingga peminat berani untuk mendapatkan tanda tangan dan bergambar dengannya. Ramai menganggap Lisa seorang yang artis yang baik dan mudah didekati apabila tidak berada di Korea Selatan. ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat Lisa teman ibu ke pasar jadi perhatian, rileks jalan tanpa bodyguard ARTIKEL BERAKITAN: Kecoh Lisa Blackpink berlari dalam mall di Thailand, rupanya ini punca tiba-tiba panik! "Cantiknya Lisa, baik saja dia layan peminat dia. "Kalau boleh dekat macam ini aku pun rela beratur berjam-jam untuk jumpa Lisa. "Agak-agak Lisa sempat makan tak sebab sibuk layan peminat," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!