suria

Guna ketamin rawat kemurungan, pengambilan dadah berlebihan punca kematian Matthew Perry

Matthew dilapor meninggal dunia akibat kesan dadah ketamin.

PUNCA kematian pelakon siri Friends Matthew Perry pada Oktober lalu berpunca daripada pengambilan dadah jenis ketamin secara berlebihan.

Disebabkan itu, pelakon berusia 54 tahun itu tidak sedarkan diri sebelum lemas di dalam tab mandi di rumahnya.

Laporan bedah siasat tersebut dikeluarkan oleh Pusat Perubatan Daerah Los Angeles selepas tujuh minggu kematian mendiang.

Matthew 1

Matthew disahkan mati pada 28 Oktober lalu.

Bagaimanapun menurut laporan itu, ia adalah faktor kedua kematian Matthew kerana berdasarkan maklumat keluarga terdekat, pelakon itu sedang dalam proses terapi ketamin.

Terapi tersebut dilakukan bagi merawat masalah kemurungan dan anxiety atau kebimbangan melampau dihadapi aktor tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Friends’ Matthew Perry meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah bertahan sampai 10 musim... rupa-rupanya pelakon Friends dilarang jatuh cinta satu sama lain

Malah tiada kesan suntikan jarum ditemui pada badan mendiang.

Sebelum ini, media melaporkan Matthew ditemukan tidak bernyawa dalam sebuah jakuzi di rumahnya pada 28 Oktober lalu.

Matthew terkenal menerusi watak Chandler Bing menerusi siri popular Friends.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain