suria

Konsert bekas anggota Girl's Generation Jessica Jung di Kuala Lumpur 13 Januari 

Kuala Lumpur terpilih sebagai salah satu lokasi Diamond Dreams Concert Tour.

BEKAS anggota kumpulan Girl's Generation iaitu Jessica Jung bakal mencul menerusi Diamond Dreams Concert Tour di Malaysia pada 13 Januari 2024.

Konsert itu bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Konsert jelajah itu sebagai menyokong pelancaran album mini keempatnya berjudul Beep Beep yang dilancarkan pada November lalu.

jes1 - 1

Jessica bakal menghiburkan peminat di Kuala Lumpur.

Sejak memulakan karier di Korea Selatan pada 2007, nama Jessica mula menjadi siulan peminat yang menggelarkan dia sebagai 'Ice Princess'.

Selepas meninggalkan Girl's Generation, Jessica pernah menghasilkan tiga buah album mini iaitu Wonderland, My Decade dan Call Me Before You Sleep.

Dua tahun lalu, penyanyi berkenaan menyertai program realiti di China, Sisters Who Make Waves musim ketiga dan The Treasured Voice 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Jessica Jung Luaskan Perniagaan Fesyen Di New York

ARTIKEL BERKAITAN: Jessica Jung Minta Tidak Dikaitkan Dengan Gilrls' Generation

Penglibatannya dalam program berkenaan turut melonjakkan karier solonya.

Tiket bagi menonton Diamond Dreams Concert Tour dijual pada harga bermula RM388, RM488, RM688 dan VIP RM888.

Tempahan boleh dibuat menerusi laman web ticket2u.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain