PENGACARA Oprah Winfrey menerima kecaman netizen selepas memberitahu dia mengambil ubat-ubatan bagi membantu menurunkan berat badan.Menerusi satu temu bual bersama People, Winfrey, 69, berkata penurunan berat badannya itu hasil ubat-ubatan dan mengakui dirinya turut menjalani gaya hidup lebih sihat. Winfrey memberitahu dia pernah memiliki berat badan sehingga 107 kilogram dan kini berjaya menurunkan 18 kilogram dalam masa beberapa bulan.Oprah mengakui lebih gembira selepas berjaya menurunkan berat badan."Saya kini mengambil ubat tersebut (ubat kurus) kerana saya rasa saya memerlukannya sebagai alat untuk menguruskan berat badan."Secara faktanya, terdapat preskripsi yang diluluskan daripada segi perubatan untuk menurunkan berat badan dan kekal sihat.ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears minat kongsi kisah hidupnya secara eksklusif dalam temu bual Oprah WinfreyARTIKEL BERKAITAN: Kematian Nelson Mandela Buka Hati Oprah Winfrey Untuk Kahwin"Saya rasa kini lebih sihat dan tidak lagi dimalukan dengan isu berat badan. Tidak ada apa yang perlu disembunyikan lagi," katanya.Pun begitu, rata-rata netizen menyifatkan tindakan pengacara itu sebagai hipokrit kerana Winfrey merupakan salah seorang jurucakap untuk Weight Watchers iaitu merupakan sebuah program penurunan berat badan."Kenapa kamu (Winfrey) menipu? Sebelum ini dia pernah berkata tidak akan mengambil pil kurus tetapi akhirnya dia melakukannya. Sungguh kelakar."Gembira kini sudah tidak lagi dimalukan (body shaming) tetapi tidak kisah dengan pembohongan dibuat?” tulis netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!