PELAKON Dakota Johnson memberitahu tidur adalah keutamaan dalam kehidupannya. Bahkan aktres ini mendedahkan dia tidur melebihi waktu cadangan umum iaitu lapan jam sehari Walaupun ramai pakar mengesyorkan masa tidur yang lebih pendek, Dakota berasa lebih produktif selepas tidur lebih daripada 10 jam. Dakota dikenali dengan lakonannya dalam filem Fifty Shades of Grey. "Tidur adalah keutamaan saya dalam hidup. Saya tidak produktif jika saya tidur kurang daripada 10 jam. "Saya biasanya tidur 14 jam," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Dakota Johnson dapatkan rawatan selepas penggambaran filem seram ARTIKEL BERKAITAN: Dakota Johnson buka cerita tentang kisah cinta dengan Chris Martin, suka habiskan masa di rumah Dalam tabiatnya, Dakota juga mengakui bahawa dia tidak selalu bersarapan, malah dia biasanya memulakan hari dengan secawan kopi oat milk dan flat white. Selain itu, bintang filem Fifty Shades of Grey itu mengekalkan kecergasan badannya dengan melakukan senaman lima hari seminggu. Dia memilih untuk memberi tumpuan kepada yoga, pilates dan latihan berat badan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!