suria

Tak serik! Pelakon Indonesia kena tangkap kali ketiga akibat dadah, isteri tidak tahan tuntut cerai

Ammar dipenjara buat kali ketiga disebabkan dadah.

BARU sahaja dua bulan bebas daripada penjara disebabkan penyalahgunaan dadah, pelakon Indonesia Ammar Zoni sekali lagi ditahan akibat kesalahan yang sama.

Ammar atau Muhammad Ammar Akbar, 30, ditahan disebabkan memiliki beberapa jenis dadah termasuk syabu, ganja dan ubatan terlarang.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Ammar 1

Ammar dan Irish Bella mendirikan rumah tangga pada 2019.

"Ammar Zoni ditangkap bersama barang bukti iaitu ganja, syabu dan hexymer," kata pihak berkuasa kepada media.

Untuk rekod, ia merupakan kali ketiga Ammar dimasukkan ke penjara atas alasan yang sama.

Disebabkan tidak tahan akan perkara itu, isteri Ammar iaitu Irish Bella telah memfailkan cerai terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Irish Bella fail cerai sebulan selepas suami keluar penjara

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tidak izin hamil, pengacara TV hampir bunuh diri... Nekad minta cerai tak tahan nafkah terabai

Desas-desus pasangan tersebut telah berpisah sejak pertengahan Oktober lalu apabila Ammar memaklumkan tidak lagi tinggal serumah bersama isterinya sejak keluar dari penjara.

Untuk rekod, Irish dan Ammar sah mendirikan rumah tangga pada pada 28 April 2019.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Air Rumi Akbar, 3, dan Amala Puti Sabar Akbar satu tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain