suria

Mahu jadi selebriti jujur, Sia mengaku buat prosedur sedut lemak kurangkan berat badan

Sia memaklumkan dia membuat prosedur sedut lemak pada Ahad.

PENYANYI Sia mendedahkan dia menjalani prosedur sedut lemak bagi menjaga penampilannya sebagai seorang selebriti.

Sia atau Sia Kate Isobelle Furler, 47, berkata, keputusan tersebut terpaksa dilakukan memandangkan dia sedang menerima rawatan ubat-ubatan yang menyebabkan berat badannya bertambah.

"Terpaksa mengambil ubat-ubatan yang membuatkan berat badan saya bertambah dan ia tidak boleh diturunkan dengan senaman. Jadi saya ambil keputusan untuk sedut lemak hari ini (Ahad).

Sia 1

Sia mahu menjaga penampilannya sebagai selebriti.

"Tolonglah tahu yang saya amat bertuah kerana mempunyai sumber untuk mengubah penampilan jadinya kamu semua boleh lihat penampilan gila saya lagi.

"Jadi saya telah membuat pilihan untuk mengubah penampilan saya untuk keyakinan saya sendiri,” katanya dalam satu hantaran di laman X (Twitter) pada Ahad.

Tambah penyanyi berasal Australia itu, dia mahu berterus-terang berkenaan perkara itu supaya budaya mengenai imej badan selebriti tidak lagi menjadi rahsia.

ARTIKEL BERKAITAN: Sia dedah 3 tahun derita kemurungan, sukar terima hakikat selepas cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Ada kisah Park Seo Joon tak guna nama sebenar, satu studio ketawa apabila tahu sebabnya!

"Saya mahu jujur tentang semua prosedur saya orang ramai tahu kebenarannya," jelasnya.

Sia pada 2021 pernah berkongsikan bahawa tidak rasa selamat apabila membuat prosedur sedut lemak di bahagian dagu sebanyak dua kali.

Sebelum ini, Sia mendedahkan dia mengalami kemurungan selama tiga tahun selepas bercerai dengan suaminya, Erik Anders Lang pada 2016.

Tambahnya, ketika itu dia lebih banyak terbaring di atas katil sehingga tidak mampu melakukan perkara lain kerana terlalu sedih dengan penceraian mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain