MENGHITUNG hari bakal memasuki kem latihan tentera, anggota BTS iaitu V dan Jungkook sempat mengucapkan selamat tinggal buat peminat mereka.
Kedua-dua penyanyi itu turut berkongsi penampilan baharu mereka yang berambut pendek.
Namun apa mencuri perhatian peminat, Jungkook dan V tidak mengenakan baju dalam perkongsian tersebut sehingga menampakkan dada mereka yang bidang.
Jungkook dan V saling ucap selamat tinggal.
Foto yang dikongsikan itu merupakan panggilan video yang dilakukan bersama sambil mengucapkan kata-kata perpisahan sebelum bersatu kembali pada 2025 kelak.
"Abang pergi dulu... selamat mendaftar esok!" katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS kecewa peminat bersidai depan rumah, enggan tunjuk potongan rambut sebelum masuk kem tentera
ARTIKEL BERKAITAN: Ada karisma tersendiri, V BTS lelaki paling kacak di dunia 2023
Difahamkan, RM dan V dijadualkan menyertai latihan ketenteraan pada Isnin manakala Jimin dan Jungkook pula pada Selasa.
Sementara itu, tiga anggota lain BTS iaitu J-Hope dan Suga sudah pun menyertai latihan ketenteraan mereka.
Korea Selatan mewajibkan semua lelaki yang berkemampuan menjalani latihan ketenteraan sekurang-kurangnya 18 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!