suria

Nyanyian Iqbaal sumbang tapi peminat maafkan sebab tampan... “Yang penting wajah kacak menutup kelemahan”

Nyanyian Iqbaal menerima kecaman netizen.

SERING KALI menerima pujian, kali ini pelakon dan penyanyi Iqbaal Ramadhan dikritik netizen ketika membuat persembahan menyanyikan lagu Justin Bieber.

Menerusi perkongsian video tular di aplikasi TikTok, Iqbaal atau Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan, 24, dilihat menggayakan t-shirt berwarna putih bersama selendang bermotif negara Palestin dengan semangat mengajak peminatnya untuk menyanyi bersama lagu berjudul Baby.

Pelakon filem Dilan itu beraksi lincah di atas pentas, namun persembahan tersebut mengundang kecaman netizen yang menyifatkan nyanyiannya kurang memuaskan.

iqbaal1 - 1

Nyanyian Iqbaal mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen meninggalkan komen mengatakan suara penyanyi berkenaan tidak sebaik rupa paras menawan yang dimilikinya.

"Inilah yang dikatakan orang, yang penting wajahnya tampan.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbaal Ramadhan atasi fobia ketinggian, lompat dari tingkat enam tanpa stunt man dalam filem Mencuri Raden Saleh

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri menang royalti 5 lagu ciptaan Virgoun, pertama kali dalam sejarah Indonesia

"Wajah kacak yang dimiliki dapat menutup segala kelemahan nyanyiannya.

"Tidak mengapa Iqbal (suara sumbang), yang penting kacak," tulis netizen.

Untuk rekod, sebelum dikenali sebagai pelakon, Iqbaal merupakan vokalis kumpulan Coboy Junior atau lebih dikenali sebagai CJR.

Namun selepas membuat comeback dengan nama baharu iaitu TBA, Iqbaal tidak lagi menjadi ahli kumpulan tersebut tetapi masih dilihat membuat persembahan bersama di pelbagai acara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain