TAMPIL memegang watak utama dalam filem seram berjudul Siksa Neraka, pelakon Kiesha Alvaro mengakui karakter itu memberi kesan mendalam buatnya sehingga dia takut ingin bercinta.Menurut Kieha atau Kiesha Alvaro Putra Sigit, 19, jalan cerita dalam filem tersebut telah membuatkan dia sedar mengenai balasan dan dosa bagi pasangan yang bercinta tanpa ikatan perkahwinan.Filem Siksa Kubur banyak memberi pengajaran buat Kiesha. "Adegan filem ini mengganggu fikiran saya, jadi dari situ saya mula terfikir dan rasa takut untuk bercinta. Saya mahu terus taaruf," katanya.Tambah anak kepada penyanyi Pasha Ungu ini, adegan dalam filem berkenaan juga sedikit-sebanyak mempunyai kaitan kisah peribadinya.Bercakap tentang pengalaman ketika di set penggambaran, Kiesha dapat merasakan sendiri bagaimana gambaran siksa kubur bagi seseorang atas perbuatan dosanya.ARTIKEL BERKAITAN: Anak ikut jejak langkah jadi artis, Pasha (Ungu) pesan jangan berkawan dengan penagih dadah ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Iqbaal sumbang tapi peminat maafkan sebab tampan... “Yang penting wajah kacak menutup kelemahan”"Filem ini sangat dekat dengan saya. Ada beberapa babak yang mana saya juga pernah lakukan dalam kehidupan harian jadi cerita ini memberi satu tamparan buat saya."Ini filem seram pertama saya. Berlakon filem ini sangat memenatkan. Antaranya perlu berlakon babak disiksa dan satu gambaran yang disebut dalam al-Quran," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!