suria

Tom Cruise sudah ada kekasih baharu... kini rapat dengan anak ahli politik Rusia

Khayrova kini dikatakan wanita yang rapat dengan Cruise.

KISAH cinta pelakon Tom Cruise sekali lagi menjadi bualan ramai apabila dia menghadiri sebuah majlis di London bersama wanita bernama Elsina Khayrova.

Memetik laporan Daily Mail, kedua-dua mereka dilihat begitu mesra sepanjang majlis berlangsung.

Malah kehadiran mereka juga membuatkan ramai tetamu lain terkejut kerana sebelum ini tidak ramai yang tahu Cruise mempunyai hubungan rapat dengan Khayrova.

tom 2

Cruise sebelum ini pernah mendedahkan tidak serik mencari pasangan.

"Mereka sangat rapat berdua, jelas kelihatan seperti pasangan kekasih.

"Cruise melayan tetamu dengan baik. Namun dia asyik menolak apabila tetamu minta bergambar bersama. Sehingga DJ terpaksa membuat pengumuman memaklumkan kepada orang ramai dia enggan bergambar.

"Mereka menari bersama sepanjang majlis," jelas sumber.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah bersara, Tom Cruise akan berlakon filem aksi sampai umur 80 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Cruise masih bernafsu sedia kahwin lagi, yakin bakal jumpa pasangan sempurna

Khayrova, 36, merupakan seorang model dan sosialis yang juga anak kepada seorang ahli politik Rusia.

Wanita itu sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan dan kisah perceraian mereka juga menjadi tumpuan ramai susulan kes melibatkan harta sepencarian.

Cruise, 61, pula sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa rakan selebriti lain seperti Shakira dan Hayley Atwell.

Pelakon Mission: Impossible ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Katie Holmes pada 2006 namun berpisah pada 2012.

Sebelum itu Cruise berkahwin denan pelakon Nicole Kidman ppada 1990 dan berpisah dua tahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain