suria

Berpelukan dalam program TV selepas 2 minggu berpisah, cinta 11 tahun Kathryn dan Daniel Padilla masih utuh

Kathryn dan Daniel tidak berenggang sepanjang acara berlangsung.

DUA minggu selepas mengumumkan perpisahan, pasangan selebriti terkenal Filipina iaitu Kathryn Bernardo dan Daniel Padilla dipercayai sudah kembali berbaik.

Mana tidaknya, gelagat Kathryn dan Daniel ketika muncul menerusi program istimewa ABS-CBN bersempena Hari Natal pada Rabu lalu mengejutkan peminat.

Menerusi video tular di media sosial, Daniel dilihat memberikan jaket miliknya kepada Kathryn kerana bimbang aktres itu kesejukan.

kd2

Antara kemesraan Kathryn dan Daniel semasa acara.

Tidak hanya itu, mereka juga dilihat berbual mesra, berpelukan dan saling berciuman.

Aksi romantik ditunjukkan tanpa sebarang rasa malu membuatkan peminat beranggapan mereka sudah kembali berbaik.

Pada awal Disember, pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka selepas 11 tahun menyulam cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: 11 tahun bercinta akhirnya pasangan popular putus... Hubungan Kathryn dan Daniel bukan rekaan

ARTIKEL BERKAITAN: Oprah Winfrey mengaku makan ubat kurus, netizen tak setuju tuduh hipokrit

Kathryn dan Daniel pertama kali bertemu ketika bergandingan menerusi siri Growing Up pada 2011.

Sejak itu, mereka banyak digandingkan dalam drama atau filem seperti Princess and I, She's Dating the Gangster dan The Hows of Us.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain