suria

3 tahun kahwin penyanyi Aldi Taher belum sempat ‘honeymoon’, curi-curi malam pertama di set penggambaran

Aldi dan isteri sibuk dengan kerja hingga tiada masa berbulan madu.

GARA-GARA sibuk dengan jadual kerja, pelakon dan penyanyi Aldi Taher memberitahu belum sempat untuk bermula madu dengan isterinya iaitu Salsabillih selepas mereka bernikah pada Oktober 2020.

Dedah Aldi atau Rahmat Adiansyah, 40, dia hanya sempat menikmati malam pertama bersama bersama isterinya di lokasi penggambaran.

"Ketika itu saya tidak tahu bagaimana untuk merasa malam pertama, tiba-tiba di tempat penggambaran ada satu bilik. Saya minta orang yang ada di sana untuk keluar sebenar kerana mahu bersama isteri.

aldi taher 2

Aldi dan Salsabillih sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga.

"Mungkin di situlah terhasilnya anak pertama kami," katanya.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Alusha Sheyza Bryna Taher pada tahun 2022.

Untuk rekod, Aldi sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Dewi Perssik pada 2008 dan bercerai setahun kemudian dan tidak mempunyai anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Takutnya azab kubur, anak Pasha Ungu elak hubungan sebelum nikah... Kiesha mahu bercinta selepas kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik! Pelakon Indonesia kena tangkap kali ketiga akibat dadah, isteri tidak tahan tuntut cerai

Menerusi perkahwinan kedua bersama Georgina Aisyah pula, dia dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sementara itu Aldi juga berkongsi kegembiraan apabila apabila menerima tajaan pakej bulan madu bersama isteri di Bali, Indonesia.

"Selepas nikah belum sempat pergi bulan madu kerana sibuk kerja. Baru sekarang dapat peluang ini. Kami bukan pergi berdua, tetapi bersama anak juga," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain