KESIHATAN penyanyi Celine Dion dikhabarkan semakin merosot dan dikatakan dia telah hilang kawalan ke atas otot tubuhnya. Kakak Celine iaitu Claudette mendedahkan penyanyi My Heart Will Go On itu tidak dapat lagi mengawal pergerakan pada bahagian badannya. "Dia tidak mempunyai kawalan ke atas ototnya," katanya. Celine Dion masih memasang impian untuk kembali beraksi di pentas besar. Pun begitu, Celine tetap bersemangat untuk pulih dengan rawatan berdisiplin. Apa membuatkan Claudette lebih sedih, adiknya itu masih memasang impian untuk kembali beraksi di atas pentas. ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan Celine Dion semakin merosot, harap ada keajaiban rawatan sindrom Stiff Person ARTIKEL BERKAITAN: Celine Dion batal konsert jelajah Eropah, dedah hidap penyakit tak dapat diubati ‘Stiff Person Syndrome’ Celine pada bulan Mei telah membatalkan Jelajah Courage World kerana gangguan saraf yang jarang berlaku, menyebabkan dia mengalami kekejangan otot yang menyakitkan dan kekakuan. Menurut Claudette, kakak mereka Linda telah tinggal bersama Celine di Las Vegas dan penyanyi itu masih menerima rawatan daripada doktor pakar dalam Sindrom Orang Kaku atau stiff-person. Pada Disember tahun lalu, Celine mengejutkan peminat dengan perkongsian tentang masalah tersebut sehingga terpaksa membatalkan semua konsert jelajah di Eropah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!