suria

Dah kahwin tapi tidur bilik asing, Cameron Diaz anggap bukan benda pelik

Diaz anggap bilik dan rumah berasingan dengan suami adalah normal.

PELAKON Cameron Diaz berpendapat adalah normal apabila ada pasangan berkahwin tidur di bilik berasingan dan memiliki rumah sendiri.

Malah Diaz, 51, berkata perkara tersebut perlu dinormalisasikan dalam setiap pasangan.

"Bagi saya, saya perlu mempunyai rumah, anda mempunyai rumah anda. Dan kami (Diaz dan suami) mempunyai rumah bersama di tengah-tengah. Saya akan pergi tidur di bilik saya. Awak pergi tidur dalam bilik awak. Saya okay.

Cameron 1

Diaz dan suami mendirikan rumah tangga pada 2015.

"Dan kami mempunyai bilik tidur bersama di tengah-tengah," kata.

Pelakon The Holiday itu membuat pendedahan semasa penampilan di podcast Lipstick on the Rim oleh Molly Sims dan Emese Gormley pada Selasa.

Tambah Diaz, dia juga telah berbincang bersama suaminya, Benji Madden sejak mula berkahwin lagi iaitu pada 2015 dan mereka sangat terbuka mengenai perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal besarkan payudara, Victoria Beckham tak mahu anak lakukan benda sama

ARTIKEL BERKAITAN: Park Seo Joon pernah dikritik kerana wajah biasa-biasa, disaran buat pembedahan plastik

"Perkahwinan adalah perkara terbesar yang saya lakukan dalam usia 40-an, dan ia membuka saya dengan cara yang berbeza.

“Ia (bilik dan rumah berasingan) adalah sesuatu yang saya akan lakukan, dan saya tidak tahu sama ada saya akan melakukannya jika saya tidak bertemu suami saya yang sekarang," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain