PENYANYI Pinkan Mambo berkongsi khabar gembira apabila kembali bergelar isteri selepas 10 tahun bergelar ibu tunggal. Apa lebih mengejutkan Pinkan memilih penjual ubi kayu iaitu Arya Khan sebagai suami selepas berkenalan melalui TikTok pada awal Disember. Pinkan turut mengakui dia terlebih dahulu meluahkan rasa suka terhadap Arya selepas mereka bekerjasama dalam sebuah projek. Pinkan dan Arya berkenalan tidak sampai sebulan. "Saya yang suka dia dulu dan tahu dia ada kekasih. Tapi tak sangka kami sama-sama putus cinta dan mula jalinkan hubungan," katanya. Apa yang menjadi bualan ramai apabila mas kahwin yang diterima Pinkan hanya bernilai RM29.94 sen (Rp100,000). Dalam pada itu, Arya engga memberi kelengkapan barangan solat kepada Pinka kerana engga terbeban dengan tanggungjawab membimbing isterinya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Pinkan Mambo desak Rizky Billar cerai Lesti Kejora, dakwa kembali bersama kerana harta ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin dia salah faham...” - Nama Pinkan Mambo terjejas selepas anak dakwa terima gangguan seksual bapa tiri "Kalau saya bagi kelengkapan solat jadikan tanggungjawab saya besar. Saya kena didik dia dengan ajaran agama dengan serius," kongsinya. Tidak hanya itu, pernikahan Pinkan dengan bekas suami iaitu Steve Wantania turut menjadi bualan apabila mereka didakwa belum sah bercerai. Pinkan pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!